Search This Blog

Tuesday, August 10, 2010

Buff Turkey

Penghuni baru beberapa ekor ayam piru warna coklat. Actually aku pun tak berapa sure turkey ni duduk dalam kategory Buff atau Bourbon Red, yg aku tau dia kala koko(kaler coklat)...hehehe....last week pergi beli dekat En Rosdi di Batu Gajah. Alhamdulillah dapat juga tambah koleksi. Untuk tujuan pembiakbakaan sebenarnya.

Blue Silky

Ayam Sutera Kelabu Bebiruan
Alhamdulillah, dua telur pertama menetas dgn anak yg very very cute...sape2 yang teringin nak pelihara ayam exotic yang jinak ni sila la buat tempahan...dalam incubator masih ada hampir 20 biji yang belum menetas...InsyaAllah minggu ni menetas lagi 4 ekor...



Ni rupa ayam sutera dewasa(pejantan). Saiznya sebesar ayam serama aje, cuma bulunya aje yang kembang...ringan dan jinak giler-giler..makan pun tak banyak...sape2 yg punyai ruang laman rumah yg agak terhad pun sesuai pelihara ayam ni...

Ayam Siam/ Sabung Baka Kelabu

Ayam siam, ayam sabung atau ayam laga ni adalah salah satu project terbaru aku, masih dalam R&D lagi...hehehe...yang specialnya hanya baka kelabu sahaja yang sedang dibiakbakakan...satu malaya jugak la cari induk2 ayam ni....berkat kesabaran & korban sedikit modal dapat la hasil project biakbaka ayam ni...induk2 ayam ni memang terpilih punya...tip top punya la..

Ini antara induk2 yang ada...beberapa ekor aja...hehe





Bawah ni pulak antara anak hasil pembiakan...banyak jugak yang warna kelabu...trend sekarang memang orang suka ayam sabung yang bulu warna2 special macam kurik, splash dan warna latar putih cerah..pendek kata memang susah mau dapat la...sape2 yang berminat boleh call aku...mau let go murah-murah aje...anak berusia antara 1 hari hingga 2 bulan...






KELABU MUDA

KELABU TUA

Kemeriahan Ladang Ternak Yang Mendamaikan

Inilah kemeriahan suasana anak-anak ayam mutiara yang berusia antara 4 ke 5 bulan. Sape2 yang berminat bolehlah call untuk tempahan. Yang jantan jenis pearl grey sahaja yang akan dijual...



Perkembangan Beberapa Bulan Kebelakangan

Tumpasnya tentera tikus
Lega rasanya setelah umpan dedak&jagung ayam+serbuk racun tikus berjaya menewaskan lapan ekor tikus sekaligus. Reda sebulan dua, sekarang datang pulak saki baki tentera yg selamat. Takpa nanti aku kasi lagi umpan special kat hampa...huhuhu


Telur Kembar Menetas
Telur ayam piru kembar ni menetas jugak tetapi anak 2 ekor ni tak dapat diselamatkan sebab terlalu lemah..Telur kembar ni bukan telur 2 biji yg melekat di kulit telur tetapi sebiji telur yg bersaiz besar giler & mempunyai dua benih/ embrio. masa candling pun nampak kuning telur ada dua...sekian...hehehe


Musim Ayam Mutiara Membiak
Inilah last badge anak ayam mutiara. Ujung bulan April time tu. Daripada 2 ekor ibu, berjaya juga aku menetaskan & membiakkan hampir berpuluh-puluh ekor anak ayam mutiara tahun ni..syukur..syukur..


Muscovy Di Let Go
Setelah memelihara selama sebulan setengah, sepasang anak muscovy ini telah dijual kepada jiran sebelah. Reasonnya, kawasan reban aku dah tk dapat menampung byk sgt penghuni. Dan jiran aku ni memang minat betul utk menambah koleksi muscovynya...hehehe...