fuhhh....udah beso rupenyer ayam mutiara kat reban aku ni yer...
yang pied lavender tu macam menarik jugak yer...
Dalam semua lavender tu, jadi jugak sekor yang jenis coral blue, betina pulak tu....hehehe..ni yang best ni...ala,yang belakang pejatan coral blue dominant tu...
Rasa2nya dalam beberapa bulan lagi reban aku ni akan dilanda dengan musim ayam mutiara bertelur. Mungkin selepas musim hujan berakhir..sekarang pun makanan dan dedak dipelbagaikan..biar mereka cukup2 ready & bersedia dari pelbagai segi untuk bertelur..ala maksud aku biar diorang cukup sihat, matang, bertenaga, bersaiz besar agar boleh pecah record siapa berltelur paling banyak nanti..hahaha
Mesti korang heran kan kenapa ayam2 mutiara bawah ni sikit punya cantik berposing. Sebenarnya kaki mereka dah diikat tali, siap letak dalam kereta sorong lagi tu..nak hantar ke tempat pemprosesan ayam..
Sebenarnya diorang dah dikorbankan lepas raya puasa tempoh hari. Ini salah satu method nak kurangkan pejantan dalam kawasan reban aku. Buat open house dengan hidangan ayam mutiara masak lemak cili api & sup. hehehe memang berbaloi, sedap hingga menjilat siku...hehehe
ok la aku explain sikit la mesti korang tertanya2 sedap macam mana kan...
Dagingnya manis macam daging ayam belanda tetapi jauh lebih sedap dari ayam belanda..tidak berbau hanyir seperti daging ayam biasa..dagingnya pejal, tulang ringan berongga seperti burung liar, thats why dia senang terbang...
pendek kata keenakannya memang ada ummmpp la...hehe
Incubator penuh sarat. Ayam silkie & ayam belanda memang bertelur banyak kali ni walaupun cuma seekor ibu yg bertelur..& the rest tu telur ayam siam.
Sunday, October 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)