Sunday, December 18, 2011
Wednesday, November 30, 2011
Exotic Bantam Farm
Salam for all guest & followers,
Memang lama sangat i tk update blog nie..anyway thanks for all your support yg tk berbelah bagi..thanks jugak pada customers yg telah berurusan with me semenjak dua menjak nie..skrg i mcm biasa still busy dgn farm & anak2 i yg ramai..anak2 ayam ler..
Di kesempatan ni jugak i nak declare bahawa farm i dah ada nama baru utk farm i iaitu "EXOTIC BANTAM FARM"..previously hanya sekadar reban (lau) ajer.hihihi..bantam ini bukan bermaksud ayam bantam yg kita kenal tu (sebright bantam). Perkataan "BANTAM" in english actually merujuk kepada species ayam yg kecil seperti serama, silkie, mini cochin dan seangkatan dengannya..
Kemana perginya trade mark 'ayam mutiara'? Ayam mutiara still ada cuma tinggal 4ekor sahaja lagi yg ditempatkan di post kawalan farm..hehehe..beratus ratus atau mungkin beribu ribu selah selamat diletgo dgn jayanya..alhamdulillah..pearl grey, lavender & coral blue termasuk induk2 dan anak2..sampai dah jadi mcm pemandu lori ayam dah aku tempoh ari pergi kl..dgn ayam penuh kereta...anyway, thanks again for customers...syukur berbaloi jugak usaha selama nie..berbaloi baloi..ada jugak customer yg datang jauh dari raub, melaka, langkawi, kl semata2 nak beli ayam dlm ertikata lain self pick up at farm..thanks a lot..
Antara yg laris ialah silkies, mutiara, serama, red bourbon, fantail dll..kenapa ayam mutiara abis diletgo? memandangkan farm yg berda berdekatan dengan rumah & induk mutiara yg berjumlah 50-60 ekor yg selalu ber-orkestra & selalu cari lubang & peluang utk keluar pagar...so i think itu la the best solution that i can do..let go & let go..
ok nantikan kemunculan post2 terbaru & photo2 yg bertimbun2 yg akan diupload tk lama lagi..coming soon..tq wassalam...
Tuesday, February 15, 2011
Pelabelan Telur
Topic mcm pelek bunyinya tapi pelabelan telur ini adalah satu proses yg penting sebelum proses pengeraman telur dimulakan..
Sebelum pelabelan dilakukan, telur2 hendaklah dibersihkan dari kekotoran seperti tanah atau najis ayam..just gunakan kertas pasir yg halus...ini adalah kerana kekotoran yg terdapat pada telur akan mempengaruhi proses perkembangan embrio dalam telur & juga memberi kesan kepada telur2 lain di dalam incubator..elakkan telur dari terkena air..
Sebaiknya pelabelan dibuat pada 2 bahagian telur, iaitu diatas dan dibawah..ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan kita semasa proses pembalikan telur yg dilakukan beberapa kali sehari di dalam incubator..
'Tarikh telur dimasukkan dlm incubator' ditandakan pada satu bahagian telur dan satu bahagian lagi ditandakan dengan apa2 tanda mengikut kehendak anda...selalunya ditanda dgn 'X' tetapi bagi saya yg mencampurkan pelbagai jenis telur dlm satu incubator, lebih elok ditandakan dgn 'jenis/ nama ayam'..tarikh yg ditulis pada telur hendaklah jelas & mudah difahami untuk mengelakkan kekeliruan..tarikh ini amat penting bagi kita memantau tahap perkembangan embrio melalui 'proses candling'..contohnya embrio yg tidak membesar setelah 15hari tempoh pengeraman disimpulkan sebagai bermasalah atau embrio itu sendiri telah mati, jadi telur ini harus dikeluarkan dari incubator dan dilupuskan..mengapa ianya harus dikeluarkan?? pertama untuk memberi ruang kepada telur2 baru, kedua ianya telah rosak & berkemungkinan boleh memberi effect kepada telur2 lain..
Material yang digunakan untuk melabel haruslah bebas dari toksik atau apa2 bahan yg dikhuatiri boleh memberi kesan kepada telur. Seeloknya gunakan pensel biasa sahaja dan elakkan dari menggunakan pen maker, magic colour pen, crayon dll...
Setelah proses melabel ini selesai, telur2 ini sedia untuk dimasukkan ke dalam incubator atau mesian pengeraman. Dengan adanya label tarikh pada telur, ianya akan memudahkan kita untuk menentukan telur2 yg perlu dipindahkan ke dalam hatcher, telur2 yg sepatutnya menetas & memantau tahap perkembangan embrio. Telur yg tidak menetas walaupun telah melebihi tempoh pengeraman harus dicandling dan diperiksa. Kematian embrio di saat2 akhir sebelum menetas pun boleh berlaku. Di bawah adalah contoh jadual tempoh pengeraman & kriteria operasi pengeraman bagi beberapa jenis unggas sebagai rujukan anda..
Friday, February 11, 2011
Perkembangan Farm
Anak2 ayam mutiara baru netas dipindahkan ke dalam kotak brooder...minggu lepas 51ekor terjual..sekarang stok sedia ada 74ekor...sape yg berminat boleh la contact..nak lelong murah2 ajer..
Reban yg baru siap tingkat atas..skrg dah direnovate jd 2tingkat...wat sendiri jer..boleh la ala kadar ajer...
Induk red bourbon turkey mati setelah lama seduka cita (murung)..pastu cepat2 aku letak red bourbon yg 2ekor lg tu dlm reban lantai atas..reban lantai bawah memang risiko tinggi especially reban yg kurung tk lepas..
Subscribe to:
Posts (Atom)