Tuesday, February 15, 2011
Pelabelan Telur
Topic mcm pelek bunyinya tapi pelabelan telur ini adalah satu proses yg penting sebelum proses pengeraman telur dimulakan..
Sebelum pelabelan dilakukan, telur2 hendaklah dibersihkan dari kekotoran seperti tanah atau najis ayam..just gunakan kertas pasir yg halus...ini adalah kerana kekotoran yg terdapat pada telur akan mempengaruhi proses perkembangan embrio dalam telur & juga memberi kesan kepada telur2 lain di dalam incubator..elakkan telur dari terkena air..
Sebaiknya pelabelan dibuat pada 2 bahagian telur, iaitu diatas dan dibawah..ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan kita semasa proses pembalikan telur yg dilakukan beberapa kali sehari di dalam incubator..
'Tarikh telur dimasukkan dlm incubator' ditandakan pada satu bahagian telur dan satu bahagian lagi ditandakan dengan apa2 tanda mengikut kehendak anda...selalunya ditanda dgn 'X' tetapi bagi saya yg mencampurkan pelbagai jenis telur dlm satu incubator, lebih elok ditandakan dgn 'jenis/ nama ayam'..tarikh yg ditulis pada telur hendaklah jelas & mudah difahami untuk mengelakkan kekeliruan..tarikh ini amat penting bagi kita memantau tahap perkembangan embrio melalui 'proses candling'..contohnya embrio yg tidak membesar setelah 15hari tempoh pengeraman disimpulkan sebagai bermasalah atau embrio itu sendiri telah mati, jadi telur ini harus dikeluarkan dari incubator dan dilupuskan..mengapa ianya harus dikeluarkan?? pertama untuk memberi ruang kepada telur2 baru, kedua ianya telah rosak & berkemungkinan boleh memberi effect kepada telur2 lain..
Material yang digunakan untuk melabel haruslah bebas dari toksik atau apa2 bahan yg dikhuatiri boleh memberi kesan kepada telur. Seeloknya gunakan pensel biasa sahaja dan elakkan dari menggunakan pen maker, magic colour pen, crayon dll...
Setelah proses melabel ini selesai, telur2 ini sedia untuk dimasukkan ke dalam incubator atau mesian pengeraman. Dengan adanya label tarikh pada telur, ianya akan memudahkan kita untuk menentukan telur2 yg perlu dipindahkan ke dalam hatcher, telur2 yg sepatutnya menetas & memantau tahap perkembangan embrio. Telur yg tidak menetas walaupun telah melebihi tempoh pengeraman harus dicandling dan diperiksa. Kematian embrio di saat2 akhir sebelum menetas pun boleh berlaku. Di bawah adalah contoh jadual tempoh pengeraman & kriteria operasi pengeraman bagi beberapa jenis unggas sebagai rujukan anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment