Tuesday, February 15, 2011
Pelabelan Telur
Topic mcm pelek bunyinya tapi pelabelan telur ini adalah satu proses yg penting sebelum proses pengeraman telur dimulakan..
Sebelum pelabelan dilakukan, telur2 hendaklah dibersihkan dari kekotoran seperti tanah atau najis ayam..just gunakan kertas pasir yg halus...ini adalah kerana kekotoran yg terdapat pada telur akan mempengaruhi proses perkembangan embrio dalam telur & juga memberi kesan kepada telur2 lain di dalam incubator..elakkan telur dari terkena air..
Sebaiknya pelabelan dibuat pada 2 bahagian telur, iaitu diatas dan dibawah..ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan kita semasa proses pembalikan telur yg dilakukan beberapa kali sehari di dalam incubator..
'Tarikh telur dimasukkan dlm incubator' ditandakan pada satu bahagian telur dan satu bahagian lagi ditandakan dengan apa2 tanda mengikut kehendak anda...selalunya ditanda dgn 'X' tetapi bagi saya yg mencampurkan pelbagai jenis telur dlm satu incubator, lebih elok ditandakan dgn 'jenis/ nama ayam'..tarikh yg ditulis pada telur hendaklah jelas & mudah difahami untuk mengelakkan kekeliruan..tarikh ini amat penting bagi kita memantau tahap perkembangan embrio melalui 'proses candling'..contohnya embrio yg tidak membesar setelah 15hari tempoh pengeraman disimpulkan sebagai bermasalah atau embrio itu sendiri telah mati, jadi telur ini harus dikeluarkan dari incubator dan dilupuskan..mengapa ianya harus dikeluarkan?? pertama untuk memberi ruang kepada telur2 baru, kedua ianya telah rosak & berkemungkinan boleh memberi effect kepada telur2 lain..
Material yang digunakan untuk melabel haruslah bebas dari toksik atau apa2 bahan yg dikhuatiri boleh memberi kesan kepada telur. Seeloknya gunakan pensel biasa sahaja dan elakkan dari menggunakan pen maker, magic colour pen, crayon dll...
Setelah proses melabel ini selesai, telur2 ini sedia untuk dimasukkan ke dalam incubator atau mesian pengeraman. Dengan adanya label tarikh pada telur, ianya akan memudahkan kita untuk menentukan telur2 yg perlu dipindahkan ke dalam hatcher, telur2 yg sepatutnya menetas & memantau tahap perkembangan embrio. Telur yg tidak menetas walaupun telah melebihi tempoh pengeraman harus dicandling dan diperiksa. Kematian embrio di saat2 akhir sebelum menetas pun boleh berlaku. Di bawah adalah contoh jadual tempoh pengeraman & kriteria operasi pengeraman bagi beberapa jenis unggas sebagai rujukan anda..
Friday, February 11, 2011
Perkembangan Farm
Anak2 ayam mutiara baru netas dipindahkan ke dalam kotak brooder...minggu lepas 51ekor terjual..sekarang stok sedia ada 74ekor...sape yg berminat boleh la contact..nak lelong murah2 ajer..
Reban yg baru siap tingkat atas..skrg dah direnovate jd 2tingkat...wat sendiri jer..boleh la ala kadar ajer...
Induk red bourbon turkey mati setelah lama seduka cita (murung)..pastu cepat2 aku letak red bourbon yg 2ekor lg tu dlm reban lantai atas..reban lantai bawah memang risiko tinggi especially reban yg kurung tk lepas..
Thursday, February 10, 2011
Pemandangan Terbaru Farm
Inilah suasana pandangan dari luar pagar kawasan farm aku...mcm dah reda/ kurang induk2 ayam mutiara kan..byk jugak induk pearl grey yg dijual..sekarang tinggal pied lavender 9ekor, coral blue 3ekor & betina pearl grey 2ekor..
Ini pulak reban 2 tingkat hasil kreativiti sendiri..semua ada 10 pintu..untuk asuhan anak ayam, induk merpati, silkie & puyuh pun ada 2ekor..hehe...panjang reban ni 16kaki X 3kaki lebar..
Anak ayam mutiara berumur seminggu yg ditempatkan dlm reban asuhan...dah tk pakai lampu dah, just lapik lantai dgn plywood sudah memadai untuk mengelakkan anak2 ayam terlalu sejuk..pastu time malam balut/ tutup sikit dinding jaring/pintu reban ni utk menghalang tiupan angin sejuk..
Tuesday, February 8, 2011
Serama
Koleksi Special
Sebagai tatapan sesape yg mengikuti perkembangan blog ni..harap farm aku dpt menjadi salah sebuah destinasi pelancongan & salah satu tempat menarik utk dilawati dgn adanya koleksi terhebat ini...melalut la pulak...hehehe
sory, tkleh komen lebih2 coz still menjadi rahsia kerajaan/ project R&D...hihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)