Search This Blog

Monday, February 15, 2010

Perkembangan Anak Ayam

Bawah ni anak ayam selasih kacukan kampung(bapa kampung kacuk, ibu selasih putih) yang baru menetas dan dikeluarkan dari incubator untuk ditempatkan dalam kotak brooder. Gebu-gebu sungguh.



Bawah ni pula anak ayam mutiara dan ayam kampung+selasih usia 1minggu dalam brooder.


Yang ni anak-anak ayam berehat selepas kekenyangan. Usia dalam 2-3minggu dan dah ditempatkan dalam reban asuhan.

Gambar Sekitar Reban/ Lau

15Febuary2010


Saturday, February 13, 2010

Jantina Ayam Mutiara

Perkara paling rumit, mengenal (cam) yang mana jantan dan yang mana betina???
Setelah hampir setahun memelihara ayam mutiara ini, dan memerhatikannya, aku dapat buat kesimpulan cara-cara mudah mengenalpasti jantina ayam ini. So, aku kongsilah dengan korang.

  1. Bentuk hidung; Jantan hidung mancung, betina hidung/cere flat.
  2. Warna muka; Jantan putih solid, betina putih pudar.
  3. Cuping; Jantan cuping merah terang dan saiz besar, betina peach/jingga pudar dan saiz kecil.
  4. Warna bulu; Jantan terang dan berkilat, betina sedikit pudar
  5. Tanduk; Jantan tanduk besar & tinggi, betina kecil.
  6. Bentuk badan; Jantan besar, tinggi & bentuk membulat, betina kecil, rendah & bentuk memanjang.

Jantan
Betina


Selalunya jika melihat sekumpulan kawanan ayam ini, pastinya kita tertanya2 dan mencari2 yang mana satu yang betina dikalangan mereka. Gambar bawah ni sekor induk betina di reban aku. Cuba perhatikan colour dan zaiz cupingnya.


Blue Silkie Bantam

Setelah lama mencari baka ini, akhirnya aku berjaya mendapatkan sepasang anak silkie bantam atau ayam selasih sutera ni. Tapi yang jantan je jenis Blue Silkie Bantam, yang betina putih penuh jer. Aku nak cuba biakkan ayam yang cantik & berpotensi besar ini. Bawah ni gambar load dari internet jer..Harap-harap bila dah besar jadi macam ni la agaknya rupanya ye...


Gambar Blue Silkie Bantam/ Ayam Selasih Sutera Di Reban/ Lau Sendiri

Ni la anak ayam silkie bantam yang aku pelihara dah hampir sebulan...time beli tu umur dia dah sebulan rasa-rasanya. Ayam ni memang cute, sekali pandang macam gula-gula kapas pun ada...hehehe. Selain memiliki bulu yang lembut, halus dan gebu, ianya mempunyai jambul di kepala, bulu dikaki dan bersaiz agak kecil walaupun setelah mencapai usia matang. Tak sabar betul menunggu ayam ni besar. Nanti aku update lagi gambar-gambar terbaru ayam ni ye.....

Incubator

Pengalaman pertama menggunakan incubator memang pening jugak nak setting. Terima kasih bebanyak kepada saudara adi junaidismallfarm.blogspot.com/ sebab sudi bagi tunjuk ajar. Siap promote blog lagi...hehe..Inilah gambar anak-anak ayam baru menetas menggunakan incubator. Telur-telur ni semua hasil dari reban aku. Menjadi jugak ye...hehehe


Ayam Kampung Kacuk & Ayam Selasih

Anak ayam yang dibeli pada 27 October 2009. Ayam kampung kacuk dan ayam selasih.



bawah ni pulak, gambar latest anak-anak ayam (dah tak macam anak ayam dah pun) ni yang sudah membesar dan berusia 3 setengah bulan.


Cepat sungguh ayam ni membesar. Time ni baru dilepaskan ke tanah dan bercampur dengan ayam dewasa/ induk yang lain. Tak lama rasanya dah nak bertelur ni. Alhamdulillah, menjadi jugak ayam ni. Mungkin inilah hikmah disebalik musim kemarau panjang dari tahun lepas hingga sekarang....

Ayam Mutiara

Akhirnya pada 25 April 2009, aku berjaya juaga mendapatkan/ membeli beberapa ekor anak ayam mutiara dari Arif Ahmad. Terima kasih pada saudara Arif Ahmad. Bawah ni gambar anak ayam tu.


Gambar bawah anak-anak ayam mutiara tersebut time umur dah hampir 2bulan pada 6 July 2009.

Bawah ni pulak, time umur 4bulan pada 26 August 2009.


AYAM GAJAH








Setelah lau siap, timbul pulak masalah mendapatkan benih ayam mutiara. Lama jugak aku mencari tetapi tak jumpa jugak. Alang-alang biar lau tu tak berpenghuni, aku pun membeli 5ekor ayam gajah umur 2minggu untuk dipelihara. Gambar ni ayam-ayam tu dah berusia 2bulan. 26 April 2009.

LAU aka REBAN



Reban/Lau hasil pertukangan aku ni ala kadar ja. Asal 6'x4' tapi gambar ni setelah di-extent. Lokasi lau ni hujung halaman tepi rumah aku di Sungai Petani. Aku tinggal/ kerja di Penang, so balik tiap minggu, itu pun kalau free untuk lihat perkembangan ayam-ayam ni. Thank you kat mak aku yang tak jemu-jemu menjaga ayam-ayam ni. Sejarah pembabitan aku dalam ternakan ayam ni bermula awal tahun 2009. Actually, memelihara ayam ni sebagai hobi ja.

Gambar bawah persekitaran reban secara separa lepas aku ni pada 26 December 2009...dah besar ayam-ayam ni...bertelur tak henti-henti pulak tu...

Ayam Piru

Ini pulak gambar anak Ayam Piru yang aku beli untuk menambah koleksi peliharaan. 5ekor berusia 1minggu lebih pada 14 April 2009.




Aku menambah lagi beberapa anak ayam piru. Beli yang baru menetas, gambar bawah ni setelah diasuh selama 2minggu pada 22 November 2009 dalam kotak brooder.