Search This Blog

Saturday, February 13, 2010

WELCOME TO MY BLOG






Salam, akhirnya tercipta jugak blog sendiri dalam sesibukan harian. Selalu asyik melayari blog sahabat-sahabat yang lain sahaja. Tapi kali ini teringin sekali untuk berkongsi cerita, info dan photo-photo dengan anda semua.

Blog ini lebih tertumpu kepada perkembangan penghuni reban/ lau di kampungku Sungai Petani, Kedah. Setakat ini antara ternakan ayam yang dipelihara adalah;
  1. Ayam Mutiara/ Ayam Api.
  2. Ayam Kampung Kacuk.
  3. Ayam Belanda/ Ayam Piru.
  4. Ayam Selasih Putih.
  5. Ayam Selasih Sutera/ Silkie Bantam.

Setakat ini, memelihara ayam-ayam ini boleh dikatakan hanyalah hobi dan untuk kegunaan sendiri, iaitu telur dan ayam. Plan aku pada masa akan datang untuk mengkomesialkan ayam mutiara dan blue silkie bantam dengan mengeluarkan/menjual benih/baka ayam ini. Induk- induk ayam mutiara sedang ditambah dan dikumpulkan. Sesiapa yang ingin menjual induk atau anak ayam mutiara, bolehlah menghubungi aku. Terutamanya ayam mutiara jenis putih(white guinea fowl) dan dada putih(pied pearl guinea fowl) yang sukar sekali diperolehi.

No comments:

Post a Comment