Search This Blog

Loading...

Saturday, February 13, 2010

Jantina Ayam Mutiara

Perkara paling rumit, mengenal (cam) yang mana jantan dan yang mana betina???
Setelah hampir setahun memelihara ayam mutiara ini, dan memerhatikannya, aku dapat buat kesimpulan cara-cara mudah mengenalpasti jantina ayam ini. So, aku kongsilah dengan korang.

  1. Bentuk hidung; Jantan hidung mancung, betina hidung/cere flat.
  2. Warna muka; Jantan putih solid, betina putih pudar.
  3. Cuping; Jantan cuping merah terang dan saiz besar, betina peach/jingga pudar dan saiz kecil.
  4. Warna bulu; Jantan terang dan berkilat, betina sedikit pudar
  5. Tanduk; Jantan tanduk besar & tinggi, betina kecil.
  6. Bentuk badan; Jantan besar, tinggi & bentuk membulat, betina kecil, rendah & bentuk memanjang.

Jantan
Betina


Selalunya jika melihat sekumpulan kawanan ayam ini, pastinya kita tertanya2 dan mencari2 yang mana satu yang betina dikalangan mereka. Gambar bawah ni sekor induk betina di reban aku. Cuba perhatikan colour dan zaiz cupingnya.


No comments:

Post a Comment